Course image I’m In Control (Ibu Bapa)
Orang Awam

Objektif Cakna Diri Ibu bapa

  • Untuk meningkatkan kefahaman ibu bapa dalam memahami perkembangan fisiologi dan psikososial remaja.
  • Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan berhubung kesihatan reproduktif remaja dan pendidikan seksualiti
  • Memberi pendedahan kepada ibu bapa berkaitan penyakit-penyakit jangkitan seksual dan kesan akibatnya kepada anak remaja
  • Mengukuhkan hubungan yang harmoni antara ibu bapa dengan anak remaja
Course image I’m In Control (Remaja)
Orang Awam

Objektif Cakna Diri Remaja

  • Memberi kemahiran untuk menghindari dan mengurangkan tingkah laku seksual yang berisiko yang boleh mengakibatkan kehamilan yang tidak dirancang, penyakit jangkitan seksual dan jangkitan HIV.
  • Memberikan informasi yang berguna mengenai kehamilan, penyakit jangkitan seksual, HIV/AIDS, dan nilai dan tanggungjawab

Course image Keluarga@Kerja
Orang Awam

Objektif Keluarga @ Kerja

  • Untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibubapa mengenai kepentingan dalam mengimbangi peranan serta tanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya;
  • Memberi kemahiran serta panduan caragaya keibubapaan untuk menghadapi cabaran keluarga di setiap kitaran hidup keluarga (Family Life Cycle)


Course image Keibubapaan Datuk Nenek
Orang Awam

Objektif Keibubapaan Datuk Nenek

  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peranan datuk nenek dalam menjamin kesejahteraan keluarga.
  • Mengenalpasti peranan persepsi dalam keibubapaan datuk nenek
  • Menjelaskan makna dan peranan datuk nenek anggun
  • Membincangkan cabaran dan strategi keibubapaan datuk nenek
  • Mengaplikasi pengetahuan dalam membina kesepaduan intergenerasi keibubapaan datuk nenek

Course image PEKA
Orang Awam

Objektif Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA)

  • Untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa, penjaga dan masyarakat mengenai isu keselamatan anak.
  • Untuk memberi kemahiran asas mengenai pencegahan kemalangan dan situasi berisiko yang berbahaya.
  • Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas menyelamat dan rawatan kecemasan.
  • Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keselamatan keluarga di alam siber.

Course image SMARTbelanja@LPPKN
Orang Awam

Objektif SMARTBelanja@LPPKN

  • Memberi kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab setiap anggota terhadap kewangan keluarga.
  • Memberi pengetahuan kepada keluarga mengenai kepentingan merancang dan mempraktikkan pengurusan kewangan yang baik.
  • Membolehkan keluarga membina pelan perancangan kewangan yang sistematik.
  • Membantu keluarga mengawal pendapatan yang diperolehi melalui perbelanjaan berhemah.

Course image SMARTSTART 2.0
Orang Awam

  • Mengukuhkan perkahwinan dan membinan keluarga yang mantap, bahagia dengan : 
  1. Memberi ilmu pengetahuan dalam menempuh alam perkahwinan
  2. Memberi panduan, petua dan kemahiran ke arah persediaan mental dan pembinaan sikap yang positif
  3. Menyelia platform yang selamat kepada pasangan untuk memahami dan mengenali diri